Huraian kes Kes penderaan Bella

Pada 6 Julai, satu lawatan dilaksanakan ke pusat itu oleh pihak perubatan berikutan satu aduan berkenaan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja rumah penjagaan itu. Lawatan pemeriksaan ini membawa kepada penemuan Bella dengan kelecuran teruk pada dada, tangan dan leher, serta kesan luka di paha, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan.[3] Pemeriksaan lanjutan mendapati bahawa pusat penjagaan itu sedang dalam proses pendaftaran sebagai pusat penjagaan sah,[4] dan disita sejurus selepas kes terbongkar.[5] Kes mendapat perhatian negara setelah seorang aktivis sosial, Mona Din menyebarkan penemuan itu di media sosial lalu tular; Moda kemudiannya menubuhkan sebuah pakatan, "Gerakan Menuntut Keadilan" untuk membela nasib mangsa.[6]

Pada 20 Ogos, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengabaian dan penganiayaan Bella berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam sesi pendakwaan.[6] Siti Bainun juga mengancam untuk mengambil tindakan perundangan berkenaan pihak-pihak luar yang dikatakan memutarbelitlan maklumat kes itu dengan pengunaan istilah yang kurang tepat.[7] Siti Bainun sekali lagi didakwa pada November, dan dibenar diikat jamin sebanyak RM5,000.[8]

Perbicaraan

Perbicaraan kes mula dilakukan sejak 30 Mac 2022, dengan 34 saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah-mahkamah Kuala Lumpur.[9] Ahli-ahli perbicaraan terlibat juga diberi peluang melawat dan menyiasat lokasi kejadian penderaan.[1] Perbicaraan kes pada 8 April memberi maklumat-maklumat lanjutan berkenaan kes; penghuni Rumah Bonda mendedahkan bahawa dirinya mendera atas arahan Siti dengan mencampakkan air panas terhadap Bella.[10] Perbicaraan susulan mendedahkan pelbagai jenis penderaan oleh Siti Bainun seperti dipaksa makan 20 biji cili sehari,[11] dan layanan "seperti hamba abdi" terhadap penghuni Rumah Bonda.[12] Selain itu, saksi juga menyatakan bahawa penderaan terhadap Bella dilakukan setiap hari, yakni pada setiap malam sejak Mac hingga Jun 2021.[13]

Rujukan

WikiPedia: Kes penderaan Bella https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anak-is... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dera-re... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-adi... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bel... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://malaysiagazette.com/2022/04/14/siti-bainun... https://www.malaysianow.com/berita/2021/07/16/sele... https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/04/9438... https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/04/9462... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01...